wElcaMe To Shauna page

Search This Blog

My Followers

1Malaysia Blogger Community

...Welcome To My Blog...

Hari ini 16 / 2 / 2012.

Today Is morning nite syift Day....

So sapa-sapa yang menyambut hari jadi, ulang tahun pkahwinan, & apa2 perayaan!! SS ingin ucapkan selamat menyambut dengan penuh kegembiraan ya...

New Life is Ahead of u.... :)

Monday, August 11, 2008

Cabaran Cinta Jarak Jauh...

Kadang-kala, cinta itu datang tanpa kita sedari dan adakalanya, kita akan terlibat dengan cinta jarak jauh.

Kata orang, cinta jarak jauh ini memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi. Pasangan yang tidak mampu berjauhan untuk tempoh masa yang terlalu lama, akan menghadapi masalah kerana amat mustahil untuk bersua muka setiap masa.

Mungkin tiada penyelesaian muktamad untuk masalah seperti ini, namun, dengan perkembangan teknologi maklumat yang kita ada sekarang, jarak tidak seharusnya menjadi satu isu dalam mana-mana hubungan. Bak kata pepatah, hendak setibu daya, tak hendak seribu dalih.

Mungkin era ibu-bapa, nenek datuk kita dulu, jarak boleh dijadikan alasan, namun, sekarang ini, kita ada kemudahan seperti email, Instant messenger, telefon bimbit dan sistem pengangkutan udara yang boleh kita gunakan untuk bertemu kekasih / isteri / suami dengan lebih kerap.

Jadi, ianya sebenarnya terletak pada diri kita untuk samada memastikan sesebuah hubungan kekal teguh atau membiarkannya tumbang. Tepuk dada, tanya selera.

No comments:

Jana Pendapatan Sekarang!

My Biz Blog 2u

cute blog..