Am back coz had found my foot step back here...
Me As Me Myself and I
...Welcome To My Blog...
Hari ini 16 / 2 / 2012.
So sapa-sapa yang menyambut hari jadi, ulang tahun pkahwinan, & apa2 perayaan!! SS ingin ucapkan selamat menyambut dengan penuh kegembiraan ya...
New Life is Ahead of u.... :)
Sunday, October 13, 2013
Wednesday, February 2, 2011
Happy Chinese New Year 2011
Labels:
chinese new year,
new year 2011,
rabbit year
Empat cahaya misteri di Utah
AMERICAN FORK, Amerika Syarikat - Beberapa rakaman video dan telefon bimbit menunjukkan beberapa cahaya misteri yang berwarna putih dan merah muncul di sini pada waktu malam, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej tersebut dirakamkan beberapa penduduk yang menyaksikan fenomena ganjil itu pada Rabu lalu di antara pukul 7.15 dan 7.30 malam.
Dalam rakaman itu, tiga cahaya tersebut didapati berwarna merah dan bergerak di langit selama 15 minit sebelum satu cahaya berwarna putih yang terang muncul.
EMPAT cahaya misteri (dalam bulatan) muncul di American Fork, Utah, Amerika Syarikat pada Rabu lalu. |
Seorang penduduk tempatan yang ditemuramah stesen televisyen ABC, Lynette Chidester berkata, dia tidak mendengar bunyi semasa cahaya ganjil itu muncul.
Menurutnya, cahaya itu menarik perhatiannya kerana salah satu daripadanya tidak berkelip seperti lampu sebuah pesawat.
Dia berkata, daripada tiga cahaya ganjil itu, timbul satu cahaya berwarna putih.
Seorang lagi penduduk, Mike Galbraith yang berada di tempat meletak kereta sebuah pusat beli-belah juga menyaksikan fenomena misteri itu.
"Saya melihat ke langit dan terdapat tiga cahaya berwarna merah dan ia kemudian seperti menggugurkan satu cahaya berwarna terang," katanya di American Fork, Utah.
Beberapa pegawai tentera dan lapangan terbang melaporkan tiada kejadian ganjil dikesan berlaku semasa cahaya misteri itu muncul. - Agensi
credited to : Kosmo! online
Labels:
ajaib,
cahaya misteri,
empat cahaya pelik
Pasangan paling pelik di dunia
PRAGUE - Sepasang kekasih di Republik Czech layak digelar pasangan paling pelik di dunia kerana mereka jatuh cinta selepas kedua-duanya menjalani pembedahan menukar jantina.
Dominik Sejda, 45, atau nama asalnya Ilona Tomeckova, dilahirkan sebagai wanita pernah menjalani pembedahan menukar jantina untuk menjadi lelaki dan dia kini hidup bersama dengan seorang lelaki yang telah menukar jantina menjadi perempuan, Andrea Kajzarova, 32.
Sejda memainkan peranan sebagai lelaki manakala Andrea merupakan wanita dalam hubungan tersebut.
Mereka yang bekerja sebagai pembantu ambulans di dua hospital di sini, berkenalan dalam satu laman web pondan.
Lebih aneh, Sejda pernah melahirkan seorang anak lelaki 25 tahun dahulu, Radim, yang juga telah menjalani pembedahan untuk menukar jantinanya menjadi wanita. - Agensi
credited to : Kosmo! online
Labels:
cinta,
kosmo online,
pelik,
pondan,
tukar jantina
Tuesday, February 1, 2011
Pejamkan matamu - Ronnie OST 9 September
Ku pejamkan mata
Kau hadir di sisi
Ku hulurkan tangan
Kau sambut dengan kasih
Tenangkanlah hatimu
Agar bisa tersenyum
Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku
Ku pejamkan mata
Kau hadir di sisi
Bisik mesra darimu
Menyemai kasihku
Bahagiakan dirimu
Agar bisa ku senyum
Pejamkanlah matamu
Ku pasti di sisi
Untuk dikau kasih
Ku curahkan cinta suci
Yang tak mungkin terpadam
Akan terus membara
Bahagiakan dirimu
Di saat ku tersenyum
Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku
Janjiku kepadamu
Aku pasti di sisi
Labels:
9 september,
pejamkan matamu,
ronnie
Saturday, January 29, 2011
The Ugly Duckling
It is a beautiful summer day. The sun shines warmly on an old house near a river. Behind the house a mother duck is sitting on ten eggs. "Tchick." One by one all the eggs break open.
All except one. This one is the biggest egg of all.
Mother duck sits and sits on the big egg. At last it breaks open, "Tchick, tchick!"
Out jumps the last baby duck. It looks big and strong. It is grey and ugly.
The next day mother duck takes all her little ducks to the river. She jumps into it. All her baby ducks jump in. The big ugly duckling jumps in too.
They all swim and play together. The ugly duckling swims better than all the other ducklings.
- Quack, quack! Come with me to the farm yard! - says mother duck to her baby ducks and they all follow her there.
The farm yard is very noisy. The poor duckling is so unhappy there. The hens peck him, the rooster flies at him, the ducks bite him, the farmer kicks him.
At last one day he runs away. He comes to a river. He sees many beautiful big birds swimming there. Their feathers are so white, their necks so long, their wings so pretty. The little duckling looks and looks at them. He wants to be with them. He wants to stay and watch them. He knows they are swans. Oh, how he wants to be beautiful like them.
Now it is winter. Everything is white with snow. The river is covered with ice. The ugly duckling is very cold and unhappy.
Spring comes once again. The sun shines warmly. Everything is fresh and green.
One morning the ugly duckling sees the beautiful swans again. He knows them. He wants so much to swim with them in the river. But he is afraid of them. He wants to die. So he runs into the river. He looks into the water. There in the water he sees a beautiful swan. It is he! He is no more an ugly duckling. He is a beautiful white swan....
moral of the story : What you do, the way you think, makes you beautiful.
credited to : titan007
Labels:
fairytale,
prettty,
ugly duckling
Thursday, January 27, 2011
Bola Tampar Wanita 2011 antara Agensi Anjuran DCA(DICIVIA)
Rasanya ini adalah julung kali nya DCA(DICIVIA) menganjurkan pertandingan bola tampar (Wanita) antara agensi..
Perlawanan Bola Tampar (Wanita) 2011 ni Dicivia(DCA) telah menjemput 3 buah agensi di kuching iaitu LHDN, Lembaga Lada Malaysia dah Jabtan Kastam . Dan perlawanan ini telah di adakan pada 15/1/2011 di MBKS kuching. Dan telah pun berjaya dengan sempurnanya walaupun ianya merupakan 1st trial utk jabatan kami :). Cik SS berasa sangat bangga, kerana byk pihak telah membantu menjayakan perlawanan bola tampar ini...
Di pertandingan ini, tempat pertama di menangi oleh LHDN (Hasil), Naib johan pula oleh jabatan kami iaitu (DICIVIA) DCA dan tpt ketiga di menangi oleh Jabatan Kastam. manakala Lembaga Lada mendapat tempat ke-4 .
Labels:
bola tampar,
DCA,
dca kuching stories,
KASTAM,
LADA HITAM,
LHDN,
maksak,
sukan agensi kuching,
volleyball
Bapa halau 4 org anak lepas anak sulung tak beri wang yang di minta
SETIU: Gara-gara kakak sulung gagal memberikan wang gaji hasil kerja sambilan di kedai makan kepada bapanya, empat beradik iaitu tiga perempuan berusia lapan, 10 dan 14 tahun serta seorang lelaki berusia tujuh tahun terpaksa bermalam dalam hutan ketika hujan lebat berhampiran Kampung Guntung dekat sini, selepas dihalau bapa mereka yang panas baran, awal pagi semalam.
Selain itu, kakak sulung berusia 14 tahun yang sudah tidak bersekolah mendakwa turut diterajang lelaki berusia 59 tahun itu sebelum tiga lagi adiknya dihalau keluar dari rumah mereka di Kampung Saujana di sini, kira-kira jam 1 pagi.
Lebih memeranjatkan, penderitaan empat beradik yang terpaksa berlapar sepanjang malam dalam kesejukan itu membongkar kejadian lebih tragis kerana mereka sebenarnya sering didera lelaki terbabit apabila disepak, diterajang, ditumbuk, dihentak dengan hulu parang serta dicucuh puntung rokok.
Kesan kecederaan semua mangsa terbongkar selepas mereka dibawa ke Hospital Setiu (HS) di sini, untuk rawatan lanjut.
Sejarah hitam empat beradik itu berakhir apabila diselamatkan orang ramai yang menemui mereka di sebuah wakaf di Kampung Guntung, selepas dihalau lelaki berkenaan yang ‘naik hantu’ gara-gara kakak sulung gagal memberikan wang diminta.
Lelaki terbabit juga dikatakan berang dengan tindakan seorang daripada anaknya menghantar SMS kepada ibu mereka yang melarikan diri dari rumah sejak September tahun lalu.
Harian Metro difahamkan, walaupun ibu kanak-kanak berkenaan meninggalkan mereka, dia masih berhubung melalui telefon dan sejak ketiadaannya, kehidupan empat beradik itu tidak terurus.
Semua kanak-kanak berkenaan ditemui seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan hutan itu untuk menghantar anaknya ke sekolah yang kemudian memaklumkannya kepada penduduk kampung.
Mereka kemudian menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Setiu yang kemudian memaklumkan jabatan itu tidak mempunyai kuasa sebelum mereka menghubungi Balai Polis Permaisuri.
Berikutan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan yang kelihatan amat letih dan lesu sebelum menghantar mereka ke HS untuk pemeriksaan kesihatan dan kini dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Ketika dirawat, detik hitam empat beradik terbabit terungkai apabila mereka didapati mempunyai kesan lebam dan luka lama dipercayai akibat didera.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan berkata, semua kanak-kanak itu kini ditempatkan di HSNZ selepas dirujuk dari HS.
“Laporan polis itu dibuat orang ramai yang terserempak dengan kumpulan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan letih sebelum menghubungi polis meminta bantuan.
“Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dimaklumkan dan membawa semua mangsa ke hospital untuk rawatan sebelum didapati mengalami kecederaan disyaki akibat didera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Susulan aduan itu, beliau berkata, kira-kira jam 7.15 malam semalam, polis menahan bapa kanak-kanak terbabit dan perintah reman terhadapnya akan dipohon bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
credited to metro
Labels:
bapa buang anak,
kena halau,
merempat,
metro
Wednesday, January 26, 2011
Taktik Baru Pencuri Kereta Zaman Sekarang!!!
PERNAHKAH ANDA MENGALAMI PEKARA SEPERTI INI, SEKIRANYA BELUM SILA BEJAGA-JAGA DAN TOLONG SEBARKAN!!!
Selamat petang sumer .... ni haa, Cik SS nak gitau kat korang pasal ada satu cerita ni, yang Cik SS baca dari blog member en. khall ...
Sekadar Gambar Hiasan |
Mengenai taktik pencuri-pencuri kereta zaman sekarang, well, cuba tgk gambar kat sebelah ni hah, ada kertas saiz A4 well tu contoh jer, apa2 la sesuatu yang sengaja di letak d wiper cermin depan atau kat depan di bahgian bertentangan ngan tpt pemandu.
Ok, yang Cik SS nak gitau ni, dorang pencuri ni kononnye rasa dorang ni pintar, yelah letak sesuatu utk "blocking" pemandangan kat cermin kereta tu, then kalau lah kita kan, bila cermin keta kita ada sesuatu yang sebegitu, tambah lagi yang sebesar kertas A4 di letak di wiper otomatik nye kita akan p ambek kan, mula-mulanya kita ingat ada org main-main atau tak.. tp kita p ambek, kekadang dorang pencuri pintar la kononnye tu, cepat2 lah masuk kat pintu kite huhuh, dan terus bawak lari, bukanye dier kesah keselamatan kita asal dier dah ambek apa dier nak, SO kalau boleh Cik SS nak kongsi lah peringatan ini utk sumer dan peringatan utk diri Cik SS juga..
Tolonglah, kalau berada di kawasan yang sikit org atau ada sesuatu yang mencurigakan, terus masuk kat keta then LOCK terus keta tu, dan bawa jer apa2 kertas kat cermin tu sampai ke satu tpt yang di rasakan selamat yer....
May God Bless Us....
Labels:
bahaya,
curi,
kereta,
pencuri,
taktik baru
Budak semuda 4 hingga ke 6 thn pun terikut n ketagih SEX ... Damn!!!!
Astaga!! tu la ayat pertama kuar dari mulut Cik SS setelah tengok gambar-gambar yang tak senonoh ni kat blog kawan Cik Farah & Cik Nonot huhuhu..... mana tak tekejut, budak semuda dorang ni dah tau dengan aksi-aksi n terikut bangkali ketagih dengan SEX huhuhu, walaupun dorang pastinya tak tahu akan apa yang terjadi ... hmmm baru budak yang sangat bawah umur dah tahu, jangan kan bila dorang dah besar nanti ntah2 dah berusia bebelas tahun dah pandai buat cengini huhu.. sadis n sedih tul Cik SS tengok... yang amik gambar tu pun satu tak pandai tegur di ambi lagi huhuhu.... mula2 ingat kan apa la di gambar ni, coz tak nampak sangat coz dorang budak2 katakan, ingatkan dia bawa budak sorang tu kencing ke apa ka, skali scroll bawah2 sampai habes gambar ciss, cilaka tul la... tula lah kepada mak bapa yang ada anak2 tu tolong la awasi dorang, dan yang paling Cik SS nak gitau la ni kan, tolong lah TOLONG La pantau n jangan sesekali buat PEKARA TU depan depa tu huhu, dorang budak2 so dorang cepat belajar, ntah2 tgk telatah mak bapa dorang cam bes jer kan terikut, tgk lah sendiri gambar tu, sampai budak pompuan tu tau gaya lagi... ASTAGA!!!!! PALIS-PALIS!!!
hampeh tul !!! tolong pantau anak2 anda sumer ya!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)